1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...



Powered By GosipPanasss
Support Us!

Aeril Zafrel Mengaku Telah Bernikah Dengan Wawa

on Friday 11 October 2013



Syukur Alhamdulillah. Akhirnya pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media. “Ya, saya dan Wawa sudah bernikah.

Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.


Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aerial sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri
 sumber: mstaronline

Siapa Mubarak? Siapa Saya?

on Wednesday 9 October 2013



Assamualaikum.. ada yang bertanya siapa mubarak...
Mubarak adalah nama saya...
dan mubarak itu adalah .

saya hanya insan biasa.. seperti orang lain jugak..
ada tangan
ada mata
ada kaki
ada hidung
ada semua lah.

Dan saya seorang yang cintakan keamanan.

Blog ini saya baru sahaja create 2 hari lepas.. saja nak cuba ilmu baru.. nak tambah income..
rupanya seronok jugak berblog2 ni...
tak sia-sia saya create..

btw kalau ada apa-apa pertanya, cadangan, or apa-apa sahaja
boleh jumpa saya di sini

Twitter   atau Facebook


Pelajar KPTM KL kena rogol bergilir gilir dengan 13 laki bangla sampai meninggal dunia



Pelajar KPTM KL kena rogol bergilir gilir dengan 13 laki bangla sampai meninggal dunia


tekejut saya bila dapat tahu berita ni. apa nak jadi dengan malaysia sekarang ni?  macam-macam..
masih aman kah malaysia??
jawapan itu ada pada anda sendiri

Al-Fatihah kepada pelajar KPTM yang meninggal dunia dirogol bergilir-gilir oleh 13 bangla. Ya Allah kau rahmati la si mati..

Ya Allah.. Bayi 10 bulan maut di langgar kereta ibunya



Sedih! Bayi 10 Bulan Maut Di Langgar Kereta Ibu | Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut apabila dilanggar oleh kereta yang dipandu ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan itu di pekarangan rumah di Kampung Bukit Besar dekat sini kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.
Kejadian yang menyayat hati itu berlaku apabila mangsa, Muhammad Faqih Mohd. Fitri tanpa disedari dikatakan merangkak keluar dari rumah dan menuju ke belakang kereta.Mangsa yang dikejarkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah di sini disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian ketika dirawat di wad kecemasan. - UTUSAN 

9 Siti Yang Hebat Perlu Dicontohi



1. Siti Khadijah :

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak - anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang - orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2. Siti Fatimah :

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3. Siti Aisah :

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar :

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5. Siti Mariam :

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri & mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6. Siti Asyiah :

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7. Siti Aminah :

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti’ah :

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya karena setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya saja.

9. Siti Zubaidah :

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karna Allah s.w.t.

Semoga ALLAH senantiasa membimbing kita dalam keadaan iman dan takwa kepada-Nya, dan mudah-mudahan ALLAH menjadikan yang sudah menikah menjadi pasangan yang sakinah, mawaddah, warahmah, untuk taat kepada suami, dan menyayangi istrinya. Dan yang belum menikah semoga ALLAH pertemukan jodohnya, dan segera menikah dengan pasangan yang dikehendaki. Aamiin.
 

Sharifah Amani Cari Gaduh Dengan Syamsul Yusof?



Sejak isu cetak rompak filem arahan beliau, KL Gangster 2 Syamsul Yusof memilih untuk berdiam diri dari memberikan sebarang maklumbalas kepada peminat mahu pun media & ini termasuklah tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem tersebut.

Lewat malam tadi, terbaca kemaskini terbaru Syamsul Yusof melalui akaun Twitter yang menjadi medan untuknya berkomunikasi & beliau seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Sharifah Amani yang juga di’luahkan melalui Twitter.

“Anak @fatibee ni tak puas hati ke ape? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jgn biadap bila bicara. Jgn lupa budi bicara,” tulis Syamsul Yusof tergesa gesa tanpa hiraukan ejaan. #LOL



Melihat kembali kepada status Sharifah Amani (anak kepada Fatimah Abu Bakar jika anda tidak tahu), rupanya pelakon yang kini merupakan juri tetap Akademi Fantasia 2013 ini tidak berpuas hati dengan layanan pilih kasih oleh pihak tertentu yang memihak kepada KL Gangster 2.




Di atas merupakan salah satu kemaskini Twitter Sharifah Amani terdahulu dan anak seni ini turut menulis yang beliau meluahkan apa yang terbuku kerana sayangkan industri perfileman tempatan dan mahu semua pihak yang terlibat untuk konsisten serta sistematik.

Menjawab kemaskini Syamsul Yusof yang mempersoalkan motif kenyataan Sharifah Amani itu, aktress ini membalas yang ianya bukan bersifat peribadi tetapi lebih kepada terganggu dengan sistem pilih kasih yang berlaku dan tidak berniat mempersoalkan rezeki Syamsul Yusof.






10 Penerbit Beli 5,000 Tiket KL Gangster





Seramai 10 penerbit filem bumiputera mengambil inisiatif dengan membeli sebanyak 5,000 keping tiket filem arahan Syamsul Yusof iaitu KL Gangster 2 sebagai tanda sokongan terhadap karya berkenaan yang telah dicetak rompak sebelum ia ditayangkan di pawagam.

Penerbit Eksekutif Nusa Bakti, Isma Liza atau Isma AF berkata, tiket-tiket tersebut akan diedarkan di empat buah pawagam iaitu Tanjung Golden Village (TGV), Golden Screen Cinemas (GSC), MBO Cinemas dan Cathay bermula Khamis ini untuk pembeli tiket bertuah di seluruh Malaysia.






Yusof Haslam (tengah) mendapat sokongan para penerbit selepas filemnya, 
KL Gangster2
 dicetak rompak.
"Setiap penerbit telah membeli 500 keping tiket dan secara keseluruhannya kami berjaya mengumpul 5,000 tiket dan ia akan diberikan kepada penonton bertuah.

"Jika mereka ingin dapatkan sekeping tiket percuma mereka perlu membeli dua tiket filemKL Gangster 2, " katanya pada sidang media yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Selasa.

Antara penerbit filem yang terlibat adalah Datuk Yusof Haslam selaku penerbit KL Gangster 2, Afdlin Shauki, Aziz M. Osman, Rosyam Nor, Othman Hafsham, Jurey Latiff Rosley, Norman Abdul Halim dan Mohd Nor Kadir.

Setakat Selasa lalu, filem berkenaan telah berjaya mengutip RM3.5 juta hanya selepas lima hari ditayangkan.

Dalam pada itu, Yusof berkata, sokongan yang diberikan rakan-rakan terhadapnya disifatkan sebagai penyatuan mereka untuk menentang cetak rompak yang semakin berleluasa.
Malah kata Yusof, ia adalah sebagai satu suara untuk memastikan kerajaan mengambil tindakan segera terhadap isu tersebut.

"Isu cetak rompak bukan sesuatu yang baharu tetapi respons daripada kerajaan agak perlahan dalam isu ini.

"Ia mungkin terjadi kepada filem saya sekarang tetapi adakah perkara ini tidak akan berulang kepada penerbit lain," ujarnya.

Bagaimanapun kata Yusof, beliau terharu dengan sokongan yang diberikan rakan-rakannya dan ia menandakan semua penerbit di negara ini bersatu hati.

"Ia bukan sekadar sokongan tetapi kami akan lebih aktif dalam merancang pelbagai aktiviti bagi memperluaskan suara kami sebagai penerbit.

"Malah kami akan sedaya upaya untuk mengesan dalang yang menyebarkan filem berkenaan secara haram," jelasnya.

Sementara itu, Norman yang mewakili KRU Studios berkata, pihaknya akan membantu Skop Production dalam menjual filem berkenaan di peringkat antarabangsa selepas melihat filem itu berpotensi untuk dipasarkan ke pasaran global.

Malah kata Norman, pihaknya akan membawa filem berkenaan ke beberapa festival filem seperti di Berlin, Cannes dan Los Angeles.

"Ini bukan pengakhiran kepada KL Gangster 2 kerana ia baru bermula dan filem ini berpotensi di peringkat antarabangsa," jelasnya.

You May Also Like

 
© . All Rights Reserved